Monday, May 14, 2012

14 May 2012 Happy 1st Birthday Darwish, doa mama semoga Darwish menjadi anak yang soleh serta diberi kesihatan yang baik insha-Allah

Thursday, May 19, 2011

Admitted at Sunway Medical due to Jaundice

Darwish dimasukkan ke ward kerana bacaan Jaundice above 235. Sedih mama tengok anak mama tidur bawah lampu (photolight theraphy) sampai kering & gelap kulit...


Sunday, May 15, 2011

I'm the hero....

He..he.. I'm the hero!!! (Hero nangis kat Nursery UMSC). Memandangkan mama czer & susah nak bangun, maka Nurse lah yang rajin menjaga Darwish. Bila feeding time, Nurse akan tolak Darwish masuk ke bilik mama. Nurse pun bercerita pada mama yang anak mama ni hero menangis sampaikan nurse beramai-ramai baca ayat kursi. Lagi best pak guard siap datang bagi surah yassin lagi. Lagi satu, Darwish hero minum susu. Tak cukup susu mama, Darwish minum pula susu botol 2 auns (he..he baby lain 1 auns jer). Amat bersesuaian dengan gelaran Si Montel yang menjadi rebutan para Nurse di sini (bukan apa, senang nak mandikan baby besar berbanding baby kecil).



Saturday, May 14, 2011

14 Mei 2011 - Here I am, Muhammad Darwish Bin Norzaidi



On Friday 13 May 2011, mama berpindah ke UMSC. Lepas discharge dari PPUM at 2.30 pm, mama terus ke UMSC (Dr. tak bagi balik walaupun due date 2nd June). Dr.cadangkan mama czer on Monday 16 May coz dah 37 weeks considered matured baby. On Saturday morning 14 May CTG test mama nampaknya ada contraction sikit. At 11.30 am Dr suggested mama utk emergency operation at 3 pm in order to avoid bleeding (placenta previa ni bleeding macam air paip - in 5 minutes baby boleh mati & also amat dangerous untuk mama). So...here I am, Muhammad Darwish Bin Norzaidi...born at 3.58 pm, 4.45 kg (hu..hu..estimated masa kat PPUM 3.85 kg jer..). Darwish comelkan... Masa ni nurse-nurse kat UMSC panggil Darwish si Montel.

Friday, May 13, 2011

Mama berpindah ke UMSC

At 37 weeks, mama decided nak pindah ke private wing, UM Specialist Centre. Why? Sebab nanti senang abah nak tunggu mama & darwish 24 jam sehari....he..he.. Lagipun memang mama asalnya check-up kat UMSC (after sunway reject kes "placenta previa" mama...hu..hu..hu.. mama sedih betul masa tu..). Then masa kat UMSC (32 weeks) Dr. Nuguelis dah advice mama untuk warded kat PPUM sampai due. Masa nak pindah, mama sedih juga nak tinggal kawan-kawan se "ward" (Aunty Afzan, Aunty Izan, Aunty Noraini) dan juga nurse-nurse yang saaaangat baik....

Tuesday, May 10, 2011

Ward O&G Baru PPUM




Hmmm... dah hampir sebulan mama dan darwish tinggal kat ward M1 PPUM. First time mama masuk ward ni, rasa macam nak balik je...macam zaman 70-an. Insya-allah, tak lama lagi ward ni akan berpindah ke bangunan baru. Cantik macam private hospital. Katanya 19 May nanti nak pindah. Macam mana pun, Darwish tak sempat kut masuk wad baru ni coz dah nak pindah ke UMSC.